Jumaat, 14 Mei 2010

4 Petua Khusuk Solat


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berbicara tentang solat, ada banyak cara untuk mencapai solat yang khusyuk, tapi saranan saya, tak perlu banyak tips atau petua untuk mencapai solat yang lebih khusyu.


Tak perlu berlembar-lembar atau menghabiskan wang untuk membeli buku solat khusyu. Mari kita tanya pada Qur'an, bagaimana nak lakukan solat yang lebih khusyu.

4 Tips ini anda kena dicuba untuk mencapai solat yang lebih khusyu:

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.
Kita kena yakin jika solat ini ialah sebagai solat terakhir dikerjakan kita dimuka bumi ni, ramai kita dengar si fulan meninggal setelah selesai solat, si fulan meninggal setelah azan, imam fulan meninggal saat sujud dan sebagainya. Si fulan meninggal saat tengah judi, maksiat dan sebagainya juga.
Mungkinkah ini ialah solat terahir di dunia ? Selepas itu, kita harus relakan suami / isteri kita seorang diri, anak kita menjadi yatim piatu, mungkin nanti malam ialah malam pertama kehadiran kita di liang kubur, semua harta yang kita kumpulkan tak akan kita bawa, & menjadi hak saudara kita, wajah elok & cantik yg kita banggakan dalam sekejap akan berubah busuk.

2. WAJIB tahu erti setiap bacaan solat
Qs.4 An-Nisaa':43. Hai orang-orang yang beriman, JANGANLAH kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, SEHINGGA KAMU MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN...
MABUK dalam ayat ini bukan saja boleh diertikan sebagai mabuk arak, tapi juga mabuk dunia, mabuk harta, mabuk tahta, mabuk cinta pun termasuk pula dalam hal yang mengganggu solat sehingga kita lupa/silap / tak sedar bacaan solat apa yang telah kita baca, bahkan selalu-nya kita lupa raka'at yang ke berapa.

Lebih baik membaca surah pendek yang kita tahu erti bacaan setiap kata-kata daripada membaca surat panjang yg kita tak tahu apa ertinya. Ingat, dalam Ayat diatas JANGANLAH KAMU SOLAT SEDANG KAMU TIDAK MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN.
Jadi.. mohon kemaafan untuk pakcik, makcik, kakak, adik, abang yang masih belum faham erti bacaan iftitah, alfatihah, surah/ayat, ruku, i'tidal, sujud, duduk antara 2 sujud, tahiyat awal & akhir, maka WAJIB kena tahu & hafal maknanya. Lagi bagus jika kata demi kata.

3. Ucapkan dengan SUARA SEDANG/DI ANTARA KERAS & PERLAHAN (((ini penting sangat)))
Qs. 17 Al-Israa':110 dan janganlah kamu mengeraskan suara mu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".
Bila kita perlahankan suara atau cuma di dalam hati sahaja, maka terkadang fikiran kita akan melayang tak tentu arah.

4. Tuma'ninah
Perlahan, tidak terlalu cepat, dinikmati, dihayati, yakinkah kita jika 10 saat lagi masih hidup? Tuma'ninah ini termasuk 1 dari 13 rukun shalat. Selain 4 tips itu, disarankan pula agar:
- Berdoa sebelum solat, mohon perlindungan ALLAH dari godaan syaitan.
- Membunuh Egois & Sombong dalam diri
Qs.6 Al-An'aam:42 ... supaya mereka memohon dengan tunduk merendahkan diri.
Hilangkan rasa sombong pada diri, jangan berfikir selain shalat, hilangkan apa yang telah dan akan kita lakukan. Bunuhlah semua yang berhubungan dengan aktivity di dunia, fokus hanya pada ALLAH & erti bacaan solat. Menyedari dosa yang telah lalu.
Lagi bagus jika Zuhur, Asar & Isya' berzikir pendek. Lalu Solat Fajar & Maghrib berzikir panjang.

Apa salah satu tandanya solat anda diterima?Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar.Qs. 29 Al-'Ankabuut: 45

Wallahua'am

Nota kakiku :Same-samalah kita tamboh ilmu...

Join My Community at MyBloglog!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan