Isnin, 13 Julai 2009

Logik Ke Tak Logik

Salam Perjuangan,
emm macam mane dengan tajuk kita kali ni boleh faham? kali ini saya nak bawa sahabat semua keluar sedikit dari cara biasa kita berfikir. Sahabat! Kita bukan orang biasa-biasa, Kita sebenarnya orang yang sangat luar biasa. Itu yang Allah S.W.T. firmankan dalam Al-Quran.

Sahabat! Kita selalu berkira-kira apabila mahu berbuat sesuatu. Terlalu banyak perkiraan untung serta rugi yang kita pertimbangkan. Ya Lah namapun usahawan, kalau tak kira untung dan rugi bukan usahawan namanya? betulkah begitu? Percayalah wahai sahabat, ianya tidak seperti yang kita selalu fikirkan! Jadi kali ini saya ingin membuka minda kita semua dengan satu pernyataan iaitu "JIKA KITA FIKIR LOGIK MAKA IA JADI TAK LOGIK".

Ok! Mari kita lihat dengan lebih mendalam lagi. Sahabat! orang kata, kalau kita nak berjaya! kita kena ikut orang yang berjaya! jadi saya nak beritahu sahabat2 semua bahawa orang berjaya tidak banyak menggunakan fikiran logik! sebab bagi mereka tidak ada istilah tidak logik, semuanya logik belaka! Sahabat, baru ni saya membaca biografi 3 orang paling kaya dalam dunia iaitu Warren Buffet, Carlos Slim Helu dan Bill Gates, apa yang menarik adalah ketiga-tiga mereka ini semuanya berfikiran dan berwawasan luar biasa dan kebanyakannya idea yang dilaksana itu semuanya TIDAK LOGIK.

Warren Buffet, adalah seorang pelabur yang selalu membeli saham pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran. adakah ini LOGIK? Carlos Slim Helu, mempunyai kegemaran untuk membeli syarikat disaat berlakunya krisis ekonomi, adakah ini LOGIK?Bill Gates, sanggup tinggalkan universiti demi minatnya yang menggila dan amat mendalam dalam bidang komputer. adakah ini LOGIK?

Percayalah sahabat jika kita berfikir logik maka dia jadi tidak logik. Jika Warren Buffet berfikir secara logik ketika urusan pembelian saham sudah tentu dia takkan menawarkan harga yang lebih tinggi dari pasaran? begitu juga dengan Carlos Slim dan Bill Gates!

Macam mana? dah boleh faham? ke belum lagi? Sahabat, pernahkah anda terfikir dalam Islam, ada banyak perkara yang kalau kita fikir secara logik maka ia jadi tak logik? Baiklah mari kita lihat beberapa contoh

CTH 1
Rukun Iman,

1. PERCAYA KEPADA ALLAH
2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT
3. PERCAYA KEPADA RASUL
4. PERCAYA KEPADA KITAB
5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
6. PERCAYA KEPADA QADHA' DAN QADAR.
Sahabat! Kalau LOGIK yang menjadi asas kita, saya yakin rukun iman inipun akan jadi tidak logik.

CTH 2
Bagaimana pula kalau kita fikirkan tentang Isra' dan Mi'raj, tentang wukuf, tawaf, melontar jamrah dll. Logikkah ungkapan " 1 BALAS 10", beri satu balas sepuluh. Patutkah semua orang kena tawaf 7 kali tak kira siapapun dia. Yang sihatpun 7 pusingan, Yang sakitkan pun 7 pusingan, Yang sempurna 7 pusingan, yang cacatpun masih 7 pusingan. LOGIK KE? Bukan ke nampak tak logik?

Tapi yang tak logik itulah jalan untuk mencapai kejayaan. Yang tak logik tulah bila kita buat ia menjadikan kita manusia yang cukup hebat. Sahabat kita kena faham kerja kita yang sebenarnya dan yang paling PENTING kita juga kena faham kerja TUHAN, supaya kita hanya buat kerja kita dan kita tak buat kerja TUHAN.
Sahabat! segala perancangan dan gerak kerja serta usaha itulah kerja kita sebaliknya natijah, result, kesan dan hasil semua itu adalah kerja TUHAN.


Jadi PASTIKAN kita buat kerja kita dan biar TUHAN buat kerjaNYA.
Sahabat! yang tak logik tu kita, tapi bagi Allah S.W.T. tidak ada istilah tidak LOGIK? SEMUANYA LOGIK belaka! Kun Fa Yakun!

Baiklah! mari kita bincangkan bende2 yang tak logik dalam perniagaan kita. Dalam perniagaan kita, Pemimpin-pemimpin selalu berpesan kalau kita nak JADI atau nak BERJAYA kita mesti JADIKAN atau JAYAKAN orang bawah kita terlebih dahulu. jika kita fikir secara logik! maka mana ada logiknya sebab mana mungkin kalau kita tolong orang lain maka kita akan dapat untung? yang selalu kita fikir RUGI aku kalau tolong dia ni, lebih baik aku buat untuk aku sendiri, dah tentu untung lagi banyak! Sahabat2 fikir2kan.

Saya selalu berpesan kepada sahabat dahulukan apa yang kita beri, InsyaAllah pasti ada bahagian kita. Logik ke? bukanke kalau kita beri tu nanti kita rugi? mana boleh untung? Kenapa kita fikir begitu? kerana kita berfikir secara logik! maka ia jadi tak logik.

Ok! cukuplah setakat itu, InsyaAllah ada kesempatan kita bincang lagi. Sekali lagi saya mengharap apa yang kita bincangkan ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan