Isnin, 26 April 2010

Fadhilat Memotong Kuku Cara Rasullullah


* Sesiapa mengerat kuku pada hari Sabtu Allah akan keluarkan daripadanya penyakit dan Allah menyembuhkan penyakit yang ada pada dirinya.
* Sesiapa mengerat kuku pada hari Ahad Allah keluarkan daripadanya penyakit papa atau miskin dan Allah kurnia padanya sifat kaya.
* Sesiapa mengerat kuku pada hari Isnin Allah keluarkan daripadanya penyakit gila dan Allah kurniakan kepadanya kesihatan.
* Sesiapa mengerat kuku pada hari Selasa Allah keluarkan daripadanya penyakit barash dan Allah kurniakan padanya sifat penawar.
* Sesiapa mengerat kuku pada hari Rabu Allah keluarkan daripadanya penyakit was-was dan ketakutan, Allah kurniakan padanya perasaan aman dan tenang.
* Sesiapa mengerat kuku pada hari Khamis Allah keluarkan daripadanya penyakit judzam dan Allah kurniakan kepadanya sifat Afiat.
* Sesiapa mengerat kuku pada hari Jumaat Allah keluarkan daripadanya dosa dan Allah kurniakan kepadanya Rahmat.

Begitulah kemurahan Allah kepada hambanya sehingga kita tidak layak menolak semua arahan Allah kerana memberi segala-galanya dengan penuh rahmat, walaupun semasa mengerat kuku…

Wallahua'lam


Nota kakiku : Senang nyer kalu nok pahale, tapi nok ke jadi tu hok payoh tuh
Join My Community at MyBloglog!

Cuaca panas sekarang termasuk dalam hadis Rasulullah SAW


Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak ditimpa bala:

1- Apabila harta rampasan bertukar tangan.

2- Apabila amanah dianggap satu keuntungan.

3- Apabila zakat dianggap sebagai denda.

4- Apabila suami mentaati kata isteri (suami yang dayus).

5- Apabila Ibu diderhakai.

6- Apabila kawan lebih diutamakan.

7- Apabila bapa diabaikan.

8- Apabila masjid tidak lagi dihormati, suara-suara sumbang kedengaran di masjid.

9- Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.

10- Melantik orang bodoh sebagai pemimpin bangsa.

11- Apabila orang jahatdimuliakan kerana takut kepadanya.

12- Apabila lelaki memakai sutera.

13- Apabila lelaki meminum arak.

14- Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.

15- Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.

Maka tunggulah angin panas atau gempa bumi atau wajah-wajah akan diubah.
Hadis Riwayat At-Tirmizi -1001 Hadis Pilihan.

Wallahua'lam


Nota kakiku : Panah we..le ning
Join My Community at MyBloglog!

Jumaat, 23 April 2010

15 Anugerah Yang Allah Berikan Hanya Pada Wanita



1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya,
“Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Nota kakiku : Emmmm..
Join My Community at MyBloglog!

Khamis, 22 April 2010

Kelebihan Surah Yassin



Kelebihan Surah Yaasin…

Ayat 1 – 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Ayat 33 – 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 – Hancur
Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 – 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 : Untuk Hajat
– Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton – Elok untuk kulit
Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.



Nota kakiku : Moge dapat kite berama

Join My Community at MyBloglog!

Pendidikan Seks Tidak Perlu Di Sekolah - Mahadhir

sumber: utusan malaysia

KUALA LUMPUR 20 April - Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai satu subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia terdapat dalam ajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai menjelaskannya melalui cara yang baik supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Menurut beliau, perkara-perkara yang mengajar tentang disiplin dan mengawal nafsu boleh dimasukkan dalam mata pelajaran Agama Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam."Akibat tidak mengawal nafsu, bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata demikian selepas berucap pada majlis Multaqa Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Guru-Guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran dan warga Perkim peringkat zon tengah di Masjid Wilayah Persekutuan.

Dr. Mahathir juga menegaskan, semua pihak perlu memahami apa sebenarnya pendidikan seks itu kerana anak-anak akan tersalah tafsir istilah seks dengan membayangkan gambar lucah.

Terdahulu dalam ucapannya, bekas Perdana Menteri itu menarik perhatian tentang betapa pentingnya guru agama sekolah menekankan nilai yang dapat membentuk keperibadian anak supaya mereka dapat menjadi umat Islam yang kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Beliau menegaskan, guru agama bukan sekadar mengajar anak-anak bersembahyang dan beribadat malahan perlu menerapkan nilai mulia supaya mereka menjadi inovatif dan sukakan ilmu sains bagi mencipta 'senjata' yang mampu mempertahankan umat Islam.

Tambahnya, melindungi umat Islam dengan penciptaan senjata juga dituntut oleh Islam kerana orang bukan Islam tidak akan menjual senjata terbaik kepada orang Islam."Hanya orang Islam yang berdisiplin, kuat pegangan agamanya, berjaya dan tidak miskin akan dihormati dan tidak mudah diperlekehkan oleh orang lain," katanya.




Join My Community at MyBloglog! Nota kakiku: 2x5 = 5x2 = set kaki klengtong

Rabu, 21 April 2010

Rahsia Di Sebalik Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24)

Blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda yang sudah puas menonton Anugerah Juara Lagu 2010, mengenai apa yang ada di sebalik malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut..

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini..


Klik disini untuk cerita lanjut »

Bukalah minda, jangan biarkan diri kita terjerumus kearah kemurkaan Allah dek kerana kita terlalu jahil dan terikut-ikut dengan cara atau budaya orang kafir.

Kita marah kalau orang panggil kita kafir tetapi kita bangga kerana mengikuti cara hidupnya. Apa hebatnya mereka?
Sebenarnya, hebat yang dibanggakan itu tiada nilai pun.. di sisi Allah

Wallahua'lam


Nota kakiku: Nauzubillahi min zaliq...Ya..Allah ampuni hamba mu yang jahil ini.

Jumaat, 16 April 2010

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak . Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my.

Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa . Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah.
Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal.
Amin.

Nota kakiku: Tok dok leh tahan.......air mata Tok bederra.

Rabu, 14 April 2010

Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel




‘Ali ra. pernah berkata: “Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu”. Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel .

Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah.

Setiap orang Islam yang membeli barangan “ Israel ” atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.

Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad.

Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu.

Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.


Selanjutnya di website http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=133


Nota kakiku: Tok dah berenti guna kluaran die orang

Selasa, 13 April 2010

Keajaiban Selawat


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan....

10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat
- HR Thabrani

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Teringat saya pada satu ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.
Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut.
Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengantartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i) Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh bersama2 semak.

ii) Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v) Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi) Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.
Amiin.

Wassalam.

Isnin, 12 April 2010

Ciri-ciri wanita solehah


Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).
*Ciri-ciri wanita solehah.Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. .
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1- Taat kepada Allah dan RasulNya-
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1- Lupa mengingati AllahKerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.
"Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.
2- Mudah tertipu dengan keindahan duniaKeindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda.
Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
wallahua'lam

Sabtu, 10 April 2010

Cigarettes may contain pig blood


CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".
University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.
Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.
Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.
"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.
"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.
"It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes ... they say 'that's our business' and a trade secret.
"The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.
Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".
This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown."If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.
The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.
( SUMBER : http://www.dailytelegraph.com.au/news/national/cigarettes-may-contain-pigs-blood/story-e6freuzr-1225847653290 )

Jumaat, 9 April 2010

Hadith Palsu Dalam Sembahyang.

1-SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN

Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Syihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 292.

2-SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH

Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang 'bathil'

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 313.

3-DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN

Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin. Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy' . Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.Dalam riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin.

Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar'"

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 404.

4-KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Ertinya : Dari Ummi Salamah , dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang ( melihatnya ) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Ibnu Hibban mengatakan : Hadis ini 'tidak ada asalnya' kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ja'far . Dia adalah seorang rawi yang biasa meroboh sesuatu berita , sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa yang memalsukan hadis ini adalah rawi yang bernama Ja'far ini .Ahmad bin Adi mengatakan : Ja'far adalah rawi yang dituduh suka memalsukan Hadis

ULASAN PENTERJEMAH:Boleh jadi riwayat ini dijadikan oleh golongan tarikat sebagai dasar untuk lebih khusyuk dan Khudhu dalam mengerjakan sembahyang dan lain - lain ibadat.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 495.

5-SUJUD SESUDAH SELESAI SEMBAHYANG

Ertinya : Telah berkata Abu Sa'iid , telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa .

Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat .
Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 566.

6-KELEBIHAN SEMBAHYANG DI MASJID NABI ( MASJID NABAWI )

Ertinya : Barang siapa yang bersembahyang di masjidku ( masjid Nabawi ) dengan 40 kali sembahyang dengan tidak putus - putus satu sembahyangpun , maka dia akan dicatat sebagai orang yang selamat dari api neraka , lepas dari azab siksaan serta bersih daripada nifak

Penjelasan : Hadis ini Daif

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin MalikMuhammad Nashruddin Albani mengatakan : Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Nabiith bin ' Amar, dia tidak dikenali oleh para ahli hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 707.

7-MEMBACA QUL HUALLAH HUAHAD SEBANYAK 100 KALI SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH

Ertinya : Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata - kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani , Hakkim dan Ibnu Asakir dari jalan Muhammad bin Abdir Rahman Al-Qusairi dari Asma binti Waa-illah bin Al-Asqa dia berkata : Apabila ayahku mengerjakan solat subuh, apabila dia telah selesai dia duduk duduk menghadap kiblat dan tidak berkata apa - apa sehingga terbit matahari , sehingga aku terpaksa berkata kepadanya akan sesuatu keperluan yang dikehendakinya .
Tetapi beliau tidak menjawab sepatah kata pun . Setelah segalanya selesai barulah dia menjelaskan kepadaku isi hadis tersebut.Muhammad Nashruddin Albaniy mengatakan : Imam haakim telah mendiamkan riwayat ini .Al-Haitsaamy mengatakan : Dalam sanadnya ada rawi yang bernama : Muhammad bin Abdir Rahman , dia adalah seorang rawi yang Matruk .
Muhammad Nashrudin mengatakan : Rawi tersebut adalah seorang pendusta sebagaimana yang telah dikatakan oleh Al-AzdiIbnu Abi Haatim mengatakan : Aku telah bertanya kepada ayahku tentang riwayat hidup rawi ini , maka beliau berkata , dia adalah seorang rawi yang Matruk dan riwayatnya tidak boleh di pakai dan adalah seorang pendusta

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 878.

8-Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk

Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :Ertinya: Rasulullah s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.

Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'

Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .
*Al-Hakim At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 2849.

9-Doa kepada mu'minin dan mu'minat

Asy-Syaukani menyebutkan dalam Al-Fawaid bahawa Rasululullah s.a.w bersabda :Ertinya: Barangsiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak mendoa'kan padanya bagi Mu'minin dan Mu'minat maka solatnya kurang segala - galanya .

Hadith ini adalah Maudhu'.

Di dalam sanadnya Nuh bin Zakwan tidak bernilai apa-apa ( laisa bisyai-in ) dan padanya ada seorang matruk . Demikian kata Asy - Syaukani .Hadith riwayat Ad-Dailami dari Anas bin Malik. Dalam sanadnya terdapat Nuh bin Zakwan dan Suwaid bin Abdul Aziz.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 28710.

10-Bersolat di sudut-sudut rumah

Al-Ghazali menyebutkan dalam kitab Al-'Ihya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :Ertinya: Hai Abu Hurairah , bersolatlah di sudut - sudut rumahmu nescaya cahaya rumahmu di langit bagaikan bintang - bintang di sisi penduduk dunia.

Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 28711.

11-Solat orang yang berkahwin lebih utama dari orang bujang

Al-'Uqaili meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :Ertinya: Dua rakaat itu solat orang yang berkahwin lebih utama daipada tujuh puluh rakaat orang bujang .

Kata Ibnul- Jauzi dan Al-Albani : Hadith ini adalah maudhu'.

Dalam sanadnya terdapat Mujasyi' bin 'Amru. Kata Al-'Uqaili : Hadithnya mungkar .
Kata Ibnu Ma'in : Aku nampak ianya seorang pembohong. Kata Ibnu Hibban : Ia membuat Hadith atas orang - orang yang thiqah, tidak halal menyebutnya melainkan dengan menyebutkan cacat celanya. Dalam sanadnya pula terdapat Abdur-Rahman bin Zaid bin Aslam yang diuduh berbohong , meriwayatkan ajaib - ajaib dan Hadith - hadith Maudhu'

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 29612.

12-Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh

Abdur-Razaq , Ibnu Abi Syaibah, Ah - Thahawi , Ad-Daruquthni , Al Hakim , Al-Baihaqi , Al- Baghawi dan Ahmad mentakhrijkan dari Rabi' bin Anas katanya :Ertinya: Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh sehingga beliau meninggal dunia.

Kata Al-Albani : Hadith ini mungkar .

Hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibnul-Jauzi dalam kitab Al-Wahiat. Dalam sanadnya terdapat Abu Ja'far ' Isa bin Mahan Ar-Razi seorang yang dha'if. Kata Ibnul Hanbal dan An-Nasai : ia tidak kuat . Kata Abu Zur'ah : Ia banyak wahamnya .
Kata Al-Fallas : Hafalannya sangat jelek. Kata Ibnu Hibban : Ia meriwayatkan hadith - hadith mungkar dari orang - orang yang mashur . Hadith ini diriwayatkan dai jalan lain sebagai syahidnya oleh Ad Daruquthni dan al-Baihaqi tetapi dalam sanadnya terdapat dua orang yang matruk .
Al-Baihaqi ada meriwayatkan dai jalan lain lagi tetapi dalam sanadnya terdapat perawi yang dha'if juga , bahkan matruk .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 29713.

13-Menyapu muka apabila selesai solat

Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas r.a katanya :Ertinya: Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya , beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian beliau berkata :
Hadith ini sangat dha'if. Demikian kata Al-Albani .

Ia diriwayatkan juga oleh Ibnu Sam'un dari Salam Al-madini dari Zaid Al'Ammi dari Anas . Yang dituduh ialah Salam Al-Madaini iaitu Ath-Thawil seorang pembohong dan Zaid Al'-Ammi adalah seorang yang dha'if .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 30914.

14-Menyapu dahi apabila selesai solat

Abu Nu'aim meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a katanya :Ertinya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian melakukannya atas mukanya sampai ke janggutnya dan beliau berkata :
Hadith ini adalah Maudhu' . Demikian kata Al-Albani :
Yang dituduh membuatnya ialah Daud bin Al-Muhabbar , iaitu pengarang kitab Al-'Aqlu seorang pembohong . Dan Al-Bazzar meriwayatkan dari Hadith Jabir dari riwayat Al-Fadhl bin 'Isa Ar-Raqasyi. Al-Fadhl ini adalah mungkar Hadithnya seperti yang dikatakan oleh Al-hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 31015.

15-SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN

Ibnu An-Najjar mentakhrijkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :Ertinya: Satu solat dengan memakai serban menyamai dua puluh lima solat tanpa serban dan satu solat Jumaat dengan memakai serban menyamai tujuh puluh Jumaat tanpa serban , dan sesungguhnya para Malaikat pasti akan menyaksikan solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka terus menerus bersalawat ke atas orang - orang yang memakai serban sampailah jatuh matahari

Kata Asy-Syaukani : Ini adalah Hadith Maudhu' seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 32416.

Al-Albani menyebutkan dalam kitab Silsilah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :Ertinya: Satu shalat dengan memakai serban lebih utama ( lebih baik ) daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban

Kata Al-Albani : Saya melihat tulisan Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali atas sepotong ke atas At-Tirmizi ( 2/83), nashnya seperti berikut :
Abu Abdullah yakni Ahmad bin Hambal ditanya orang mengenai seorang syaikh Nashibi yang dikenali sebagai Muhammad bin Nu'aim yang dikatakan ada meriwayatkan sebuah Hadith dari Sahal , dari bapanya , dari Abu Hurairah , dari Rasulullah s.a.w. mengenai Hadith di atas , maka beliau menjawab : Ini adalah pembohong dan Hadith ini adalah batil .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 329

Kaabah enggan bergerak - pedoman untuk kita semua


Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga, tentang neraka.
Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Ya ng menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Ya ng penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....
Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....
Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..

silakanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...

Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Khamis, 8 April 2010

Kebebasan Untuk Menghina Islam






Akhbar harian Denmark, Politiken semalam memohon maaf kepada umat Islam kerana menyinggung perasaan mereka berhubung kartun Nabi Muhammad yang disiarkannya pada 2008.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyesal atas tindakannya menyiarkan gambar kartun itu.“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan tindakan kami mencetak semula gambar kartun itu,” ujar akhbar berkenaan dalam satu kenyataan.
Politiken adalah akhbar pertama Denmark yang bertindak memohon maaf secara formal kepada mana-mana pihak yang marah berhubung penyiaran kartun itu.
Dalam permohonan maafnya, Politiken berkata, ia menyesal jika gambar kartun itu menghina agama Islam, namun mengatakan tidak menyesal menyiarkannya.Ketua Pengarang akhbar itu, Toeger Seindenfaden, berkata, dia gembira dengan keputusan itu. “Kami kesal kerana menyebabkan umat Islam tersinggung walaupun ia bukan niat kami untuk berbuat demikian,” tambahnya.
Persetujuan itu dibuat ekoran permohonan dikemukakan seorang peguam Arab Saudi, Faisal Ahmed Zaki Yamani terhadap 11 akhbar Denmark.Dia menggesa semua akhbar berkenaan memohon maaf, berjanji tidak akan menyiarkan lagi gambar sama dan membuang kartun yang menimbulkan kontroversi itu dari laman Web mereka. Permohonan maaf dibuat Politiken itu dikutuk sekerasnya ahli-ahli Parlimen di Denmark yang menuduh akhbar itu tunduk kepada tekanan dan mengorbankan kebebasan bersuara yang dianggap asas demokrasi Denmark.
Beberapa akhbar Denmark yang lain turut mengutuk permohonan maaf itu namun mengatakan mereka tidak akan menyiarkan semula gambar kartun berkenaan. Sementara itu, Perdana Menteri Denmark, Lars Loekke Rasmussen berkata, beliau menolak untuk mencampurinya namun pada masa sama dipetik memuji kebebasan bersuara dan menghormati keputusan pengarang.

Sumber : Utusan Malaysia , 27/02/2010



Kebebasan untuk menghina IslamSudah terlalu banyak kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh Barat dimanifestasikan untuk menghina Islam.
Sekiranya kebebasan bersuara benar-benar wujud, kenapakah tindakan mahkamah telah diambil terhadap sekumpulan pelukis berbangsa Arab yang menyiarkan kartun mempersoalkan peristiwa Holocaust di Belanda?

[Rujuk Ulasan sebelum ini: http://www.mykhilafah.com/luar-negara/1649-holocaust-atau-hollow-cause]
Akhbar Politiken telah membuat pormohonan maaf kepada umat Islam, namun tindakan mereka dikutuk oleh beberapa akhbar Denmark yang lain dan juga dikutuk oleh ahli parlimen.

Sekali lagi di manakah hakikat kebebasan bagi akhbar Politiken dalam meminta maaf terhadap kesalahan mereka menghina Islam?Sekiranya Denmark benar-benar menghargai kebebasan bersuara, kenapakah mereka tidak boleh menyiarkan kartun yang mempersoalkan dan menafikan peristiwa Holocaust di dalam akhbar mereka?
Sesungguhnya kebencian dan tipu muslihat Barat terhadap Islam semakin hari semakin terbongkar.
Malangnya, para pemimpin umat Islam masih mengharap kepada Barat dalam menyelesaikan segala permasalahan mereka, tanpa menghiraukan seruan di dalam al-Quran:"Kebencian yang jelas diungkapkan dari lidah mereka, tetapi apa yang mereka sembunyikan di dalam hati mereka adalah jauh lebih buruk" [TMQ: Al-Imran: 118]

Wa Allahu A’lam